Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan Syarikat Feithe Group Sdn Bhd

 

Sebanyak 37 unit rumah teres dua tingkat bakal dibina di atas tanah seluas 3.75 ekar di mukim Tangga Batu, Melaka Tengah, tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, projek perumahan itu disasarkan kepada kelompok pertengahan (M40) dengan peruntukan sebanyak 60 peratus untuk Bumiputera dan baki 40 peratus kepada bukan Bumiputera. “60 peratus lot Bumiputera bersamaan 22 unit akan dibina dengan harga jualan RM288,000 seunit dan 40 peratus lot bukan Bumiputera atau bersamaan 15 unit akan dibina dengan harga jualan tidak melebihi RM350,000. “Nilai keseluruhan projek ini ialah dalam anggaran RM11.7 juta dan ia perlulah disiapkan dalam tempoh empat tahun daripada tarikh perjanjian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan Syarikat Feithe Group Sdn Bhd selaku pelaksana bersama projek di Seri Negeri di sini hari ini. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh, Pengurus Besar CMI, Jamzuri Ardani, dan Pengarah Feithe Group Sdn Bhd, Datuk Chong Ah Meng dan Tan Saw Hong.

X

Right Click

No right click