Pemberitahuan Penutupan / Pemberhentian Sementara Operasi Mengeluarkan Bahan Batuan (Pasir)

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
*PERHATIAN..!!*
 
Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 10 April 2020 mengenai Covid-19, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan tempoh *Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020* bagi membendung penularan wabak Covid-19. Perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
 
Sehubungan itu, *semua operasi untuk mengeluarkan bahan batuan (pasir) atau sebarang bentuk aktiviti di atas tanah rezab JPS Negeri Melaka atau lain-lain tanah yang terlibat bagi tujuan pengoperasian ini, hendaklah diberhentikan buat sementara waktu sehingga 14 April 2020 tertakluk kepada pemberitahuan Kerajaan kelak atas faktor membendung penularan wabak Covid-19 ini.* 
 
Sekian, untuk makluman.
Terima kasih.
X

Right Click

No right click