Selamat Datang Ke Perbadanan Ketua Menteri Melaka

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) ditubuhkan di bawah Enakmen Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) 1993 pada 1 Jun 2002.  Sejarah awal penubuhannya bertujuan untuk membantu Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri dan Anak-anak Syarikat Agensi Kerajaan Negeri Melaka dengan memberikan bantuan dari segi pengurusan dan khidmat nasihat berkaitan kewangan.

Pada 1 September 2005, fungsi Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) telah ditambahbaik dengan memasukkan aktiviti pengurusan harta Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) sebagai sebahagian daripada fungsi utama.

X

Right Click

No right click