Berita
BACAAN YASIN & MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
Kembali ke Senarai Pengumuman
Berita
14 July 2026
Kompleks CMI
208 tontonan
CMI
Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)
Diterbitkan pada 14 July 2026 • Berita
Kongsi:
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin yang diadakan bagi memohon keberkatan, kesejahteraan serta kelancaran segala urusan warga organisasi.
Majlis turut disusuli dengan Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri yang bakal menamatkan tempoh latihan mereka bersama kami.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas komitmen, dedikasi serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani latihan industri. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam menempuh alam pekerjaan serta mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Warga CMI mendoakan agar anda semua terus cemerlang dalam setiap langkah yang bakal ditempuhi.
✨ Terima kasih atas jasa dan kenangan yang telah dikongsi.
✨ Semoga terus maju jaya dan sukses selalu.