Tahun Penubuhan CMI
Tahun Berkhidmat
Pengenalan Organisasi
Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) (CMI) ditubuhkan bawah Enakmen Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) 1993 .
Penubuhan asalnya adalah bertujuan membantu anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak-anak syarikat agensi Kerajaan Negeri Melaka dari segi pengurusan kewangan dan khidmat nasihat kewangan.
Fungsi CMI kemudiannya telah diperluaskan kepada pengurusan hartanah milik Kerajaan Negeri Melaka dan sebagai agensi pelaksana keputusan dasar Kerajaan Negeri yang melibatkan hartanah.
Objektif Utama Perbadanan
Pengurusan Hartanah
Mengurus dan mentadbir hartanah milik CMI secara holistik dan komersial.
Projek Strategik
Melaksanakan projek-projek pembangunan berimpak tinggi dan agenda penswastaan negeri.
Permit Bahan Batuan
Menguruskan hak eksklusif permohonan permit pengeluaran bahan batuan atas tanah kerajaan & hutan simpan kekal.
Lesen Pengiklanan
Menguruskan hak eksklusif permohonan lesen pengiklanan papan iklan luar di seluruh negeri Melaka.
Prestasi Anak Syarikat
Memantau prestasi kewangan, tadbir urus dan hala tuju anak-anak syarikat di bawah portfolio CMI.
Penyelenggaraan MARRIS
Mengurus tadbir konsesi penyelenggaraan jalan raya (Skop Rutin) di bawah peruntukan tahunan MARRIS.
Garis Masa Evolusi Korporat
Penubuhan CMI
Ditubuhkan secara rasmi di bawah Enakmen Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) 1993 untuk mengurus tadbir khidmat nasihat kewangan anak syarikat kerajaan negeri.
Pengurusan Hartanah
Fungsi utama CMI diperluas secara drastik oleh Kerajaan Negeri bagi memegang mandat pengurusan portfolio hartanah & pelaburan strategik milik negeri.
Pelaksanaan Projek Strategik
Diberi kepercayaan sebagai agensi pelaksana keputusan dasar eksekutif negeri yang melibatkan pembangunan komersial, konsesi batuan, dan papan iklan luar.
CMI Hari Ini
Berdiri teguh sebagai entiti korporat peneraju ekonomi Melaka menerusi kawalan tadbir urus anak syarikat, infrastruktur MARRIS, dan pemerkasaan aset mampan.
Perkembangan Skop CMI